Definisi
Komputer
merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima
data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik logik atau
pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
Fungsi Komputer
Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan
kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan
kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna. Komputer
berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat
Proses Komputer
Perkakasan Komputer
a. Unit
pemprosesan pusat ( CPU )
b. Unit – unit
input
c. Unit – unit
output
d. Komponen
storan
e.
Komponen ingatan
Unit pemprosesan pusat ( CPU )
Di kenali sebagai pusat atau otak sistem komputer.
Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. Antara tugas utama :
- Menginput maklumat – maklumat ( data dan program ) kedalam system komputer
- Menyimpan arahan – arahan dan data – data yang digunakan untuk pemprosesan
- Melaksanakan arahan – arahan pemprosesan data
- Memindahkan hasil –hasil pemprosesan kepada bentuk yang di fahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain
Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk
memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Berikut adalah jenis-jenis peranti input computer:
- Papan kekunci (keyboard)
- Tetikus (mouse)
- Mikrofon
- Pengimbas (scanner)
- Kamera digital
- Kayu ria (Joystick)
- Pengimbas kod bar (barcode scanner)
- Pembaca kad pintar
- Pembaca / Pengimbas cap jari.
Unit-unit Output
Peranti output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data.Contoh peralatan bagi peranti output ialah
- Monitor
- Pembesar suara
- Pencetak
- Projektor
Komponen Storan
Digunakan untuk menyimpan data, perisian aplikasi dan perisian sistem pengoperasian. Contoh media storan
- Pita magnet (magnetic tape)
- Cakera liut
- Cakera keras
- Cakera optik
- Storan USB
Komponen Ingatan
Komponen Ingatan Terbahagi kepada 2 iaitu RAM, Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory) dan ROM Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory) . Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemprosesan untukmelaksanakan tugasan. Ia juga mempunyai cirri-ciri yang sama iaitu :
- Lokasi alamat (address location) – tempat / ruang bagi prosesor menyimpan arahan dan data.
- Ruapan (volatility) – samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan elektrik dimatikan
- Capaian masa (access time) – masa yang di ambil oleh prosesor untuk membaca dan menulis arahan.
No comments:
Post a Comment