Sunday, 1 May 2016

VIRUS DALAM SISTEM KOMPUTER



VIRUS


Virus komputer adalah program komputer yang ditulis untuk menulari komputer tanpa pengetahuan pemilik dan sebagian besar merugikan. Virus komputer dapat menggandakan dirinya secara automatik. Perkataan ‘virus’ adalah berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘racun’. Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun dahulu. Tetapi mengikut rekod, virus komputer yang pertama telah dicipta pada tahun 1985 oleh 2 orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisian yang telah mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain. Virus pertama yang direkodkan ini digelar ‘Brain’ Virus komputer tidak benar-benar mengancam sehinggalah awal tahun 1990an, kerana komputer telah mula digunakan secara meluas ketika itu. 



Tambahan pula virus-virus terawal ini agak lambat untuk melakukan replikasi kerana ia bergantung kepada pergerakan daripada sebuah komputer kepada komputer lain menerusi disket. Apabila lebih ramai orang menggunakan rangkaian (network), emel dan capaian Internet semasa tahun 1990an, maka virus semakin mudah untuk disebarkan. Asal usul wujudnya virus adalah berasarkan terminologi berikut :



· 1949, John Von Neuman, mengungkapkan "teori self altering automata" yang merupakan hasil riset dari para ahli matematik.



· 1960, lab BELL (AT&T), para ahli di lab BELL (AT&T) menguji teori yang diungkapkan oleh John Von Neuman. Mereka menguji teori tersebut untuk suatu jenis permainan. Para ahli tersebut membuat program yang dapat memperbanyak dirinya dan dapat menghancurkan program buatan lawan. Program yang mampu bertahan dan menghancurkan semua program lain, maka akan dianggap sebagai pemenangnya. Permainan ini akhirnya menjadi permainan kegemaran di setiap lab komputer. Semakin lama, mereka pun sedar dan mulai mewaspadai permainan ini kerana program yang diciptakan makin lama semakin berbahaya, sehingga mereka melakukan pengawasan dan pengamanan yang ketat.pada 1980, program tersebut yang akhirnya dikenal dengan nama "virus" ini berhasil menyebar diluar lingkungan lab, dan mulai beredar di dunia cyber.



 DEFINISI VIRUS KOMPUTER



Dalam istilah komputer, virus komputer ditakrifkan sebagai sejenis program parasit yang ditanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan “boot sector”. Apabila kita menjalankan atau melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti ia akan mengaktifkan virus tersebut. Virus komputer berupaya merebak melalui disket atau rangkaian



Pada tahun 1983, penyelidik Fred Cohen mendefinasikan virus komputer sebagai “satu program yang berkebolehan menjangkiti program-program lain dengan mengubah mengikut supaya merangkumi versinya sendiri”. Dalam lain perkataan semua virus akan menyalin diri mereka sendiri. Sebagai sebahagian daripada permainan ini, kebanyakan virus juga cuba mengelak daripada dikesan sama ada dengan mengenkripsikan diri mereka atau dengan mengubah sedikit setiap kali mereka menyalin diri. Merujuk definisi yang diberikan oleh Fred Cohen, virus komputer merupakan program komputer yang berupaya menjangkiti komputer lain melalui pengubahsuaian termasuk penyalinan diri



JENIS – JENIS VIRUS


Untuk lebih mendalami pengetahuan tentang virus, akan diterangkan tentang jenis-jenis virus yang sering berkeliaran di dunia cyber. Antaranya ialah:



VIRUS BOOT SECTOR

Virus ini menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama dan rekod boot 

dos didalam cakera keras di mana ia akan memindahkan atau menggantikan boot sector asli dengan program booting virus. Sehingga saat terjadi booting maka virus akan di load ke memori dan selanjutnya virus akan mempunyai kemampuan mengendalikan asas (contohnya monitor, printer dsb) dan dari memori ini pula virus akan menyebar seluruh drive yang ada dan terhubung ke komputer (contohnya floopy, drive lain selain drive c). Kesannya komputer tidak boleh melakukan proses boot. Contoh virus :


VIRUS MAKRO

Virus ini ditulis dengan bahasa dari suatu program aplikasi. Virus ini dapat berfungsi apabila aplikasi pembentuknya dapat berfungsi dengan baik. Maksudnya jika pada komputer Windows 98 dapat menjalankan aplikasi word maka virus ini menular pada komputer bersistem operasi Windows 98. 



VIRUS FILE/PROGRAM

Virus ini menyerang fail yang dapat diakses secara langsung dari sistem operasi, Biasanya hasil infeksi dari virus ini dapat diketahui dengan berubahnya ukuran fail yang diserangnya. Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe atau *.com dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. 



TROJAN HORSE

Virus ini tidak mereplikasikan dirinya. Dengan itu, ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail. 


PARTITION TABLE

Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkania ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

WORMS

Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan,ia akan menghasilkan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel. 


Virus ILOVEYOU

Virus ini mengubah file *.MP3, *.JPG, dan lain-lain menjadi *.VBS. Virus ini sudah dapat dibasmi dengan update terbaru. Tetapi masalahnya semua file .MP3 dan JPG yang sudah dioverwrite isinya akan ditambahi dengan akhiran .VBS.



4. CIRI-CIRI JANGKITAN VIRUS



Kesan dan akibat daripada serangan virus ataupun dipanggil ‘payload’ yang dilakukan oleh virus komputer sebenarnya tidak terhad kerana ada jenis-jenis virus yang mampu melakukan apa sahaja pada komputer pengguna yang meliputi kerosakan pada perisian dan perkakasan. Antara kerosakan yang sering berlaku pada komputer pengguna ialah:

  • Melambatkan proses data di mana sesebuah program akan mengambil masa yang lebih lama untuk memulakannya.
  • Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras menyebabkan program tidak dapat digunakan/dijalankan.(Denying Access)
  • Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam cakera keras menyebabkan fail tidak boleh dibuka (Deleting Data)
  • Memusnahkan dokumen serta merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras. (Corrupting Data)
  • Mengubah aturcara perisian dan memberikan laluan kepada penceroboh (Data Theft).
  • Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.(Disabling Hardware)

Seperti mana yang dijelaskan tadi, virus komputer boleh dikategorikan mengikut cara jangkitan iaitu :



Pantas dalam jangkitan

Sesetengah virus berjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat dan mungkin tidak sampai satu minit. Ia mampu merosakkan banyak fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil. Misalnya virus CIH mampu merosakkan ribuan unit komputer dalam masa sehari sahaja.


Stealth

Terdapat juga virus yang menjangkiti secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan lebih banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan lambat serta sukar pula untuk dikesan. Apabila dikesan mungkin sudah terlambat.


Tersembunyi

Ia menjangkiti secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis (read and write) cakera keras atau cakera pada pemacu. Salah satu kelebihannya ialah kemampuan menyamar dan mengekalkan saiz fail sebelumnya. Contoh virus ialah ialah Brain dan Frodo


Polimorfisa

Virus ini boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk yang sama tetapi mengekalkan saiznya.



KRITERIA VIRUS


Suatu program yang dijangkiti virus memiliki 5 kriteria berikut :



1. Kemampuan suatu virus untuk mendapatkan informasi

2. Kemampuannya untuk memeriksa suatu program

3. Kemampuannya untuk menggandakan diri dan menularkan

4. Kemampuannya melakukan manipulasi

5. Kemampuannya untuk menyembunyikan diri.



KITARAN HIDUP VIRUS


Kitaran hidup virus secara umum, melalui 4 tahap iaitu:


Dormant phase ( Fasa Istirahat/Tidur )

Pada fasa ini, virus tidaklah aktif. Virus akan diaktifkan oleh suatu keadaan tertentu, contohnya, tanggal yang ditentukan, kehadiran program lain/dieksekusinya program lain, dan sebagainya.


Propagation phase ( Fasa Penyebaran )

Pada fasa ini, virus akan menyalin dirinya kepada suatu program atau ke suatu tempat dari media storage (baik hardisk, ram dsb). Setiap program yang terinfeksi akan menjadi hasil “klon” virus tersebut (tergantung cara virus tersebut menginfeksinya)


Trigerring phase ( Fasa Aktif )

Di fasa ini, virus tersebut akan aktif dan hal ini juga di picu oleh beberapa keadaan seperti pada Dormant phase


Execution phase ( Fasa Eksekusi )

Pada fasa ini, virus yang telah aktif tadi akan melakukan fungsinya seperti menghapus file, menampilkan pesan-pesan, dsb.



CARA PENYEBARAN VIRUS

Virus boleh disebarkan melalui beberapa penggunaan iaitu:


Perisian (Software)

Perisian yang baru dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu, demonstrasi perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu sumber virus sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus. Software seperti Freeware, atau Shareware paling banyak virus yang sengaja di tanamkan dalam suatu program yang di sebar secara luas baik secara percuma, atau trial version yang tentunya sudah tertanam virus didalamnya.


External storage

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek dan dalam sistem rangkaian. Disket, media storage R/W adalah media penyimpanan luaran dapat menjadi sasaran bagi virus untuk dijadikan media. Baik sebagai tempat menetap ataupun sebagai media penyebarannya. Media yang biasa melakukan operasi R/W (read dan write) sangat memungkinkan untuk ditumpangi virus dan dijadikan sebagai media penyebaran.


Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam email (auto download tanpa scanning), dan program yang dimuat turun dari Internet. Namun demikian, virus hanya akan menjangkiti komputer. IRC (Internet Relay Chat) juga merupakan satu ‘hotspot’ bagi virus. Internet mungkin suatu situasi sengaja di tanamkan suatu ‘virus’ yang akan menginfeksi komputer-komputer yang mengaksesnya. 


Attachment pada email, transferring file, hampir semua jenis penyebaran virus akhir-akhir ini menggunakan email attachment kerana semua pengguna internet pastilah menggunakan email untuk berkomunikasi. Fail ini sengaja dibuat supaya dapat menarik perhatian, bahkan seringkali memiliki ekstensi ganda pada penamaan failnya. Contoh virus ialah MELISSA, EXPLORE ZIP. 


Rangkaian (Network)

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam rangkaian yang sama, oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah kepada jangkitan virus. Jaringan seperti LAN dan WAN iaitu hubungan antara beberapa komputer secara langsung sangat memungkinkan suatu virus ikut berpindah saat terjadi pertukaran/ pengeksekusian file/program yang mengandung virus.


KESAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN VIRUS

Tahap kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer sebenarnya tidak terhad kerana ada jenis-jenis virus yang mampu melakukan apa sahaja pada komputer pengguna yang meliputi kerosakan pada perisian dan perkakasan. Antara kerosakan yang sering berlaku pada komputer pengguna ialah:

  • Melambatkan proses data di mana sesebuah program akan mengambil masa yang lebih lama untuk memulakannya
  • Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras menyebabkan program tidak dapat digunakan/dijalankan
  • Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam cakera keras menyebabkan fail tidak boleh dibuka
  • Memusnahkan dokumen serta merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpana ndalam cakera keras.
  • Mengubah aturcara perisian dan memberikan laluan kepada penceroboh (Hacker).
  • Menukar sistem BIOS yang menyimpan semua maklumat perkakasan komputer.

Wednesday, 27 April 2016

CARA-CARA MENGATUR KEMBALI STARTUP.



Jika anda terlalu banyak install Software di komputer Windows anda, maka proses startup loading pada ketika komputer dihidupkan akan menjadi terlalu lama.

Ini kerana kebanyak software akan mengatur "initial startup" secara automatik di ketika anda menghidupkan komputer, maka dengan itu, semakin banyak software, semakin lama masa diambil untuk "loading startup" komputer anda.

Jadi disini saya akan tunjukan langkah-langkah untuk mengatur kembali startup pada sistem komputer anda.


Buka msconfig dengan cara klik di "button" Windows kemudian tuliskan msconfig di Search programs and files. Tekan Enter atau buka dengan cara tekan "button" windows+R serentak. Kemudian tuliskan msconfig.


Kemudian akan "pop out" System Configuration, pilih tab menu Startup.


klik & "unpick" pada program yang tidak ingin diaktifkan secara automatik pada saat startup windows atau "booting proses". Klik Apply dan Ok,




Langkah terakhir restart komputer anda.


,

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER RIBA




PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER RIBA




Komponen asas komputer riba adalah serupa dalam fungsi dengan system komputer meja tetapi bersaiz kecil, sesuai untuk dibawa ke mana-mana, dan direka bentuk untuk penggunaan kuasa rendah. Disebabkan oleh syarat-syarat tambahan itu, perkakasan komputer riba biasanya mempunyai ciri prestasi lebih rendah berbanding perkakasan komputer meja.



Tambahan pula, reka bentuk berdasarkan kepada sumber kuasa, saiz, dan sistem pendinginan komputer riba menghadkan prestasi maksimum perkakasan komputer riba berbanding dengan perkakasan komputer meja.



Mengenali Perkakasan Laptop / Notebook / Netbook



Senarai berikut meringkaskan perbezaan dan ciri-ciri yang membezakan perkakasan computer riba dengan perkakasan komputer meja:



Papan Induk Utama Komputer Riba (Motherboard)



Saiz 12”papan induk utama sistem komputer meja berbanding 6.9” papan induk utamakomputer riba. Satu perbandingan sekeping papan induk komputer meja (Faktor bentuk ATX) untuk sekeping papan induk daripada 13" komputer riba (2008 unibody Macbook).



Papan induk komputer riba adalah dikhususkan pembuatan dan pembinaan, dan tidak berdasarkan kepada faktor komputer meja. Berbeza dengan komputer meja , komputer riba mungkin tidak mempunyai pengembangan slot dengan semua fungsi luaran telah terbina dalam papan induk utama komputer riba ; satu-satunya pengembangan slot yang boleh adalah melalui sebuah pelabuhan luaran seperti USB(Universal Serial Bus). Papan-papan induk utama lain mungkin mempunyai satu atau lebih standard, seperti ExpressCard, atau pengembangan proprietari slot. Beberapa fungsi lain (alat-alat kawalan storan, rangkaian, kad bunyi dan pelabuhan-pelabuhan luaran) disepadukan pada papan induk utama.


Unit Pemprosesan Pusat (CPU)



Unit pemprosesan pusat (CPU) - Komputer riba CPU mempunyai ciri penjimatan kuasa ke hadapan dan kurang menghasilkan haba berbanding dengan pemproses-pemproses computer meja. Terdapat satu pelbagai jenis CPU yang direka untuk komputer riba dari Inte, AMD, VIA TECHNOLOGIES, Transmeta dan lain-lain. Pada seni bina non x86 , Motorola dan IBM menghasilkan cip-cip itu untuk komputer-komputer riba berdasarkan PowerPC Apple (iBook dan PowerBook). Beberapa komputer riba boleh ditanggalkan CPU , walaupun sokongan oleh papan induk mungkin terhad kepada model-model khusus.Dalam komputer-komputer riba lain CPU dipateri pada papan induk utama komputer riba tersebut dan tidak boleh ditukar-ganti.


Ruang Ingatan Komputer Riba



Ingatan (RAM) - Modul ingatan SO-DIMM yang biasanya dijumpai di komputer riba adalah mempunyai separuh saiz ingatan DIMM komputer meja . Ia boleh dinaiktaraf daripada bahagian bawah komputer riba , atau dipasang pada kawasan yang tidak boleh dinaiktaraf oleh pengguna biasa seperti berada di bahagian bawah papan kekunci dan papan induk utama. Kini, kebanyakan komputer riba peringkat pertengahan didatangkan terus dari kilang dilengkapi dengan 3-4 GB DDR2 RAM, manakala komputer riba tahap yang lebih tinggi mempunyai peningkatan ruang ingatan sehingga 8 GB ingatan DDR3. Netbooks bagaimanapun, adalah biasanya dilengkapi dengan hanya 1 GB RAM untuk memastikan kos pembuatannya menjimatkan.

PENGENALAN KEPADA PERIPHERAL KOMPUTER





PENGENALAN KEPADA PERIPHERAL KOMPUTER



Komputer dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Perkakasan pula dibahagikan kepada komponen dalaman (CPU, kad memori, kad paparan, cakera keras, pemacu CD-ROM, kad bunyi) dan komponen luaran (tetikus, papan kekunci, skrin [monitor], mesin pencetak dan lain-lain.









Perisian pula dibahagikan kepada perisian system operasi (contohnya Windows, Linux dan sebagainya) dan perisian aturcara atau utiliti (umpamanya Office, Photoshop). Sesebuah komputer adalah tidak praktikal tanpa kehadiran perkakasan. Ia juga tidak berupaya melaksanakan operasinya dan hanya merupakan satu kombinasi peralatan elektronik jika perisian tidak disertakan. Sesebuah komputer adalah sempurna dan mempunyai fungsi yang bermakna dengan kehadiran perkakasan dan perisian.





Mengenalpasti Perkakasan Luaran


Perkakasan luaran utama sebuah komputer ialah tetikus, papan kekunci, pemacu CD-ROM, CD Burner, mesin pencetak, pengimbas, kamera digital dan lain-lain lagi. Sebuah komputer akan kehilangan fungsinya tanpa perkakasan. Di antara perkakasan luaran yang penting adalah skrin, papan, kekunci dan tetikus. Skrin merupakan salah satu peranti keluaran komputer. Ia diumpamakan seperti mimic muka manusia yang memaparkan perasaan suka, marah, sedih dan gembira. 


Papan Kekunci


Papan kekunci digunakan untuk memasukkan arahan pengguna komputer ke CPU untuk dilaksanakan. Sebuah komputer diumpamakan sebuah kereta tanpa roda dan stering jika tiada papan kekunci. Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat menggunakan ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai cara untuk memasukkan data ke dalam komputer contohnya cakera liut, modem, tetikus, pengimbas ataupun daripada komputer utama daripada network, tetapi cara yang paling banyak digunakan adalah dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Papan kekunci (Keyboard) mempunyai 2 jenis iaitu papan kekunci P/S2 dan papan kekunci USB.








Tetikus



Tetikus juga memainkan peranan yang penting sebagai peranti memasukkan arahan selepas papan kekunci. Ia tidak begitu penting ketika DOS digunakan., tetapi selepas Windows diperkenalkan, tetikus dan papan kekunci memainkan peranan yang sama mustahak sebagai peranti kemasukan.



Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk

menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin monitor'. Rekabentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus mempunyai 2 hujung penyambungan diantaranya adalah jenis 'serial port' dan 'PS/2' dan yang terkini menggunakan penyambung Wireless..






Monitor



Perkataan “Monitor” telah mula digunaan oleh syarikat IBM yang bermakna sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin pula perkataan “Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm). Perkataan monitor ini kekal digunakan hingga sekarang. Pada asasnya monitor adalah sama seperti TV tetapi TV mempunyai beberapa litar tambahan yang tidak terdapat pada monitor. Skrin (monitor) berfungsi memaparkan keputusan pemprosesan kepada pengguna.







Pemacu CD-ROM/DVD



Peranti yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dari simpanan luaran (external storage) dan ia merupakan media yang sesuai digunakan untuk menyimpan maklumat. Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras. Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM/DVD (Compact Disk Read Only Memory)"



CD/DVD-Burner



Fungsinya tidak sama dengan pemacu CD/DVD-ROM, ia merupakan alat yang mencatatkan data ke dalam cakera padat. Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD/DVD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan data kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan saiz memori bagi setiap cakera padat, bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan. Contoh yang terbaru Bluray Disk kapasiti Memori boleh mencecah hingga 20G.


Mesin Pencetak



Pencetak moden merupakan salah satu peranti keluaran yang mencetak hasil pemprosesan. Perkakasan elektronik yang terdapat dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik yang terdapat dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6 jenis iaitu jenis Dot-Matrik, jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum dan jenis Laser.







Pengimbas



Alat Pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak (Printer). Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat digital kepada keluaran pada kertas, manakala Pengimbas pula menukarkan keluaran kekal pada kertas kepada data/maklumat digital untuk digunakan oleh computer Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu jenis tangan dan jenis mendatar.




Mengenalpasti Perkakasan Dalaman


Perkakasan dalaman utama komputer termasuklah papan induk, CPU, kad memori, kad

paparan, bekalan kuasa, cakera keras, kad bunyi, kad rangkaian, modem, pemacu cakera liut,pemacu CD-ROM dan lain-lain lagi. Komponen dalaman komputer yang penting termasuklah papan induk, CPU, kad memori, kad paparan, bekalan kuasa dan cakera keras.



Papan Induk (Mother Board)


Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik.



CPU



Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya. Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.





RAM (Ingatan Capaian Rawak)



RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang bolehdibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.








 Kad Paparan



Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.


Pemacu Cakera Keras



Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Semua aturcara dan fail disimpan dalam cakera keras untuk dicapai dan dibaca oleh sistem operasi pada bila bila masa, melainkan BIOS di papan induk yang menggunakan aturcara terbina dalam (perisian yang tidak disimpan dalam cakera keras). Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.






Friday, 22 April 2016

PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Definisi

Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.

Fungsi Komputer

Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat


 Proses  Komputer






 Perkakasan Komputer


Perkakasan komputer merupakan komponen fizikal system komputer. Komponen-komponen utama sistem komputer 



a.    Unit pemprosesan pusat ( CPU )
b.    Unit – unit input
c.    Unit – unit output
d.    Komponen storan
e.    Komponen ingatan



Unit pemprosesan pusat ( CPU )



Di kenali sebagai pusat atau otak sistem komputer.

Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. Antara tugas utama
 :
  • Menginput maklumat – maklumat ( data dan program ) kedalam system komputer
  • Menyimpan arahan – arahan dan data – data yang digunakan untuk pemprosesan
  • Melaksanakan arahan – arahan pemprosesan data
  • Memindahkan hasil –hasil pemprosesan kepada bentuk yang di fahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain


Unit-unit input


Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk
memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.


Berikut adalah jenis-jenis peranti input computer:

  • Papan kekunci (keyboard)
  • Tetikus (mouse)
  • Mikrofon
  • Pengimbas (scanner)
  • Kamera digital
  • Kayu ria (Joystick)
  • Pengimbas kod bar (barcode scanner)
  • Pembaca kad pintar
  • Pembaca / Pengimbas cap jari.




Unit-unit Output

Peranti output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data.Contoh peralatan bagi peranti output ialah


  • Monitor
  • Pembesar suara
  • Pencetak
  • Projektor



Komponen Storan

Digunakan untuk menyimpan data, perisian aplikasi dan perisian sistem pengoperasian. Contoh media storan

  • Pita magnet (magnetic tape) 
  • Cakera liut 
  • Cakera keras 
  • Cakera optik
  • Storan USB


Komponen Ingatan 

Komponen Ingatan Terbahagi kepada 2 iaitu RAM, Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory) dan ROM Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory) . Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemprosesan untukmelaksanakan tugasan. Ia juga mempunyai cirri-ciri yang sama iaitu : 

  • Lokasi alamat (address location) – tempat / ruang bagi prosesor menyimpan arahan dan data. 
  • Ruapan (volatility) – samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan elektrik dimatikan 
  • Capaian masa (access time) – masa yang di ambil oleh prosesor untuk membaca dan menulis arahan.